Wednesday, February 29, 2012


Ya Allah, Subhanallah... Mana hilangnya perikemanusiaan?

"Celaka betul!!!", "kepala hotak dia buat gitu kat budak!!!!", "Mesti owner dia ni menyakitkan hati, klu x, takkan pekerja dia nak sabotaj dia..." dan macam2 lagi la kata2 dan bayangan yang akan keluar drpd mulut dan bayangan kita bila tau ada kejadian macam ni... Betul x?

Nak dijadikan cerita, aku pernah hantar anak ke taska ni pd tahun 2008... Aku kenal baik dengan pemiliknya, Kak Shahera.. sgt baik orgnya... Mmg aku kenal dia x lama, x sampai 6 bln pun tapi tempoh tu dah cukup utk aku mengenali personaliti dan menyelami hatinya...

Dia ni sorang yg sgt menyayangi anak2... Hantar dan ambik sendiri anak2 yg bersekolah, siapkan makanan untuk anak2 di rumah, jaga kebajikan pekerja... dan sgt menghargai dan menghormati kerja org lain... Dalam pada tu, sempat pula menyertai kelas Al-Quran bersama dengan anak2nya...

Kali terakhir aku jumpa dia, tahun 2010... Masa tu aku baru turun drpd kelas Qiraati... Apa lg, terus borak pjg la... Igt lagi masa tu dia hanya tunggu anak2 dia dalam kereta....

Aku : Kak Shira...., apa khabar? Lamanya x jumpa... tunggu anak ke?
Kak Shira : Khabar baik..., tu la, tgk2 tadi mcm kenal... a, a saya tunggu anak... Hara mengaji kat sini juga ke?
Aku : Iya. Jauhnya akak hantar anak ngaji... Akak x nak join sama ke?
Kak Shira : Kat tempat akak x ada... Teringin juga tapi malu la..., dah la saya baca tersekat2...
Aku : Oooo... Nak malu apanya kak? Hara pun sama juga, dah lama x mengaji... Ni, siap mula belajar Alif, Ba Ta balik ni... Budak2 tu pun heran tgk... Apa la makcik ni baru belajar alif ba ta... hahaha...
Kak Shira : Iya? Tu la kan, klu x mula belajar bila lagi....

Minggu berikutnya, bila aku ke kelas, Kak Shira pun ada... Bukan main seronok lagi aku.... Kami x lama dalam kelas yg sama. Mungkin rezeki Kak Shira, pusat qiraati tu buka cawangan dekat dengan rumah dia...

Sejak tu aku x jumpa lagi dah dgn dia...

Dan..., klu diizinkan Allah jumpa dggn dia dlm masa terdekat ni, pasti aku akan tanya apa cerita sebenarnya....













Saturday, February 25, 2012

semakin hari semakin sayang....

3o bln bersama HR Marketing...

Pengalaman pertama aku menggunakan produk 2 drpd sebuah syarikat MLM tanpa henti... Setiap bulan pasti ada transaksi belian... Bukan kerana terpaksa tapi dengan rela.... Kualiti produk dan harga yang amat berpatutan, disertai pula dengan pulangan yang sgt baik walaupun BELUM lagi lumayan... Manakan tidak..., X cukup baik ke kalau setiap bulan belanja antara Rm300 ke Rm500 utk membeli barangan keperluan harian tetapi dapat semula wang yang dibelanjakan tadi setiap 10-12 haribulan bulan yang berikutnya... Ada ketika, dapat balik sehingga 10 kali ganda... Alhamdulillah... Syukur Ya Allah...

Aku katakan BELUM lumayan kerana aku belum benar2 meletakkan seluruh usaha di sini... Sekadar menjadi pengguna biasa dan pengenal kepada kawan2 yg sudi berkongsi mengamalkan sunnah Baginda... Terima kasih kepada semua kawan2 yg memberi sepenuh kepercayaan kepada cerita2 testimoni yg aku telah ceritakan kepada kalian semua... Paling aku bersyukur dan terharu apabila dapat memainkan peranan menghidupkan semula sunnah yg semakin dilupakan... Walaupun sgt kecil sumbanganku..., tapi aku bahagia... Semoga usahaku yg x seberapa ini diberkati oleh-Nya...
Sehingga hari ini.. sudah lebih drpd RM20,000 hasil pendapatan d HR Marketing yg telah aku perolehi... InsyaAllah, aku akan terus berusaha utk menjadikan angka tersebut sebagai angka pendapatan bulananku pula... insyaAllah... Smg Allah memperkenankan keinginanku ini.... Ameen...
Kepada yg belum pernah mencuba Higoat, tunggu apa lagi...? Jom sama2 kita minum minuman sunnah ini!!!

Friday, February 24, 2012

Rezeki lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Bertemu kembali setelah 7 bulan menyepi... Sekali lagi saya ingin berkongsi kegembiraan bersama2 dengan anda yang sudi menjenguk blog saya ni...
Alhamdulillah, pada 1 Disember 2011, saya telah melahirkan seorg lagi puteri..
Hah?! Hara bersalin lagi?! Haha.. Itu la reaksi pertama yg saya dapat bila kawan2 tahu saya dapat baby baru...
Iya.... Kenapa? Tak percaya ke...?
Rezeki Allah... Semoga dia membesar sebagai anak yang solehah... Ameen...
Wah... Dah 12:35 mlm... Baiklah, cukup dulu utk hari ni... Sehingga ketemu lagi ditulisan seterusnya...
Bye2... Wassalamu...

Saturday, July 30, 2011

hanya yg pernah merasa faham...

bila kita didatangkan dgn dugaan demi dugaan, di situlah terujinya kesabaran... apabila kita ditimpa kesusahan, di situlah terujinya semangat kekeluargaan dan setiakawan... berapa ramai di antara kita yg sedar dan benar2 faham dgn kesusahan yg menimpa org2 disekelililng kita t'utamanya kaum keluarga, sahabat handai dan org2 yg kita kenali.... kalaupun kita sedar..., apa yg akan kita lakukan?

Wednesday, October 13, 2010

sinar semakin kelihatan...

Hai Mr Blog....,

Alhamdulillah, nampaknya minggu ni semakin baik drpd minggu2 sebelumnya... Dah 2 minggu aku jadi tukang masak sepenuh masa... he..he.. Walaupun tiada untung yg b'lipatganda tapi hati puas... tuntutan Fardu Kifayah b'jaya kutunaikan... Setakat ni lepas la minyak kereta dan makan...

Bisnes susu kambing pun, semakin nampak sinarnya... Bulan lepas aku tlh b'jaya naik 1 lg pangkat.. Walaupun agak p'lahan tapi sgt2 b'baloi dgn segala kesungguhan dan pengorbanan... insyaAllah, aku akan cuba m'ggapai pangkat t'tinggi tanpa menyakiti rakan2 seperjuangan...

Kepada rakan2 yg banyak m'bantu dan b'doa utk kejayaanku dan b'sungguh2 m'bantu drpd segala segi, terima kasih yg tidak t'hingga... hanya Allah shj yg dpt m'balasnya.... budi kalian akan kukenang hingga ke akhir hayat...

Sejak minggu lepas, 1 demi 1 berita baik kuterima... Aku yakin, ianya adalah hadiah daripada-Nya setelah kami sekeluarga 'b'jaya dlm ujian-Nya'... Allahua'lam... Ya, aku pasti... Bukan 'over confident' tapi itu janji-Nya... ADA HIKMAH DISEBALIK SEGALA DUGAAN. Aku pegang kemas ayat tu...

Kerana ayat tu la aku masih b'tahan... Bayangkan, dlm tempoh b'pantang, pelbagai ujian datang.. Mujurlah aku tlh biasa diuji.. Pada masa tu, aku beritahu diri ini, "Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hamba-Nya....."

Sehingga ke saat ini, aku sgt2 b'syukur setiap kali diuji kerana aku tahu, ianya akan m'jadikan aku lebih kuat dan tabah menempuh kehidupan ini... Pada masa2 getir inilah biasanya Allah akan tunjukkan keikhlasan org2 disekelililng kita...

Pada masa ni juga, tak heran klu kawan2 semua m'jauhkan diri. Sedangkan anak beranak dan saudara marapun mengumpat dan mengeji, apa lagi org2 lain yg langsung x ada hubungan darah dengan kita... Tapi, yg pasti..., klu kita mudah m'hulurkan bantuan di saat org lain memerlukan, insyaAllah, Allah akan m'bantu dgn apa carapun kala kita ditimpa kesusahan...

Terima kasih Ya Allah... terima kasih...

Sekali lagi terima kasih yg tidak t'hingga kpd semua yg sudi sama2 menangis dan gembira pada ketika suka dan duka....