Wednesday, October 13, 2010

sinar semakin kelihatan...

Hai Mr Blog....,

Alhamdulillah, nampaknya minggu ni semakin baik drpd minggu2 sebelumnya... Dah 2 minggu aku jadi tukang masak sepenuh masa... he..he.. Walaupun tiada untung yg b'lipatganda tapi hati puas... tuntutan Fardu Kifayah b'jaya kutunaikan... Setakat ni lepas la minyak kereta dan makan...

Bisnes susu kambing pun, semakin nampak sinarnya... Bulan lepas aku tlh b'jaya naik 1 lg pangkat.. Walaupun agak p'lahan tapi sgt2 b'baloi dgn segala kesungguhan dan pengorbanan... insyaAllah, aku akan cuba m'ggapai pangkat t'tinggi tanpa menyakiti rakan2 seperjuangan...

Kepada rakan2 yg banyak m'bantu dan b'doa utk kejayaanku dan b'sungguh2 m'bantu drpd segala segi, terima kasih yg tidak t'hingga... hanya Allah shj yg dpt m'balasnya.... budi kalian akan kukenang hingga ke akhir hayat...

Sejak minggu lepas, 1 demi 1 berita baik kuterima... Aku yakin, ianya adalah hadiah daripada-Nya setelah kami sekeluarga 'b'jaya dlm ujian-Nya'... Allahua'lam... Ya, aku pasti... Bukan 'over confident' tapi itu janji-Nya... ADA HIKMAH DISEBALIK SEGALA DUGAAN. Aku pegang kemas ayat tu...

Kerana ayat tu la aku masih b'tahan... Bayangkan, dlm tempoh b'pantang, pelbagai ujian datang.. Mujurlah aku tlh biasa diuji.. Pada masa tu, aku beritahu diri ini, "Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hamba-Nya....."

Sehingga ke saat ini, aku sgt2 b'syukur setiap kali diuji kerana aku tahu, ianya akan m'jadikan aku lebih kuat dan tabah menempuh kehidupan ini... Pada masa2 getir inilah biasanya Allah akan tunjukkan keikhlasan org2 disekelililng kita...

Pada masa ni juga, tak heran klu kawan2 semua m'jauhkan diri. Sedangkan anak beranak dan saudara marapun mengumpat dan mengeji, apa lagi org2 lain yg langsung x ada hubungan darah dengan kita... Tapi, yg pasti..., klu kita mudah m'hulurkan bantuan di saat org lain memerlukan, insyaAllah, Allah akan m'bantu dgn apa carapun kala kita ditimpa kesusahan...

Terima kasih Ya Allah... terima kasih...

Sekali lagi terima kasih yg tidak t'hingga kpd semua yg sudi sama2 menangis dan gembira pada ketika suka dan duka....


Friday, October 8, 2010

Anugerah terbaik Ilahi....


5 bulan yg penuh dengan dugaan

Dear blog....,

Rindunyer... Lama betul aku tidak menaip didadamu.... 5 bulan...... pergh!!! Lama tu... Macam2 jadi dalam tempoh tu.... Pelbagai perasaan silih berganti... Nampaknya diri ini masih dipilih utk diuji... Syukur Ya Allah... Itu petanda Kau masih sayang kpdku...

Diam x diam, Falihah dah nak masuk 6 bulan... Dah boleh buat mcm2... Comel dan kelakar...

Apa yg aku nak share hari ni ialah ttg tugas baruku sebagai tukang masak... He..he... Dah seminggu tau... Actually dah lama plan nak buat bisnes berasaskan masak memasak ni tapi x m'jadi.... Tup,tup!! Balik je drpd program bersama Dr Azizan, terus jadik!!

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS....

Itu yg selalu aku belajar dlm kelas2 dan seminar2 motivasi... Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku b'jaya buktikan kata2 tu.... Ya la..., x guna klu kita asyik cakap "aku nak buat itu, aku nak buat ini, aku nak buat sungguh2.. bla...bal...bla... " dan akhirnya, satu apa pun x jadi...

Setakat ni, nampaknya peluang rezeki terbuka luas didepanku... Semoga Allah merestui segala usahaku... Tak sabar rasanya nak jadi senang... Bukan sekadar utk diri sendiri... Lebih penting lagi utk memartabatkan bangsa dan agama... Allahua'lam... Tak guna b'cakap, kita tunggu dan lihat..

"Ya Allah, seandainya kau curahkan rezeki kepadaku, jgnlah sekali2 Engkau lalaikan aku... Jadikanlah aku hambamu yg b'syukur... Bukalah hatiku utk m'jadi insan yg pemurah.... Ya Allah...., izinkan aku b'bakti ke jalan-Mu... Dekatkanlah aku dengan keimanan, jauhkanlah aku drpd kemaksiatan serta kemungkaran di bumi-Mu Ya Allah.. Amin, amin, ya Rabbal Alamin..."

Monday, May 3, 2010

kedatangan 'orang baru'

salam keceriaan...

syukur alhamdulillah, pada 24/04/2010 yg lepas, aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg telah d namakan Siti Khairun Falihah... semoga dengan kelahirannya, bertambahlah rezeki kami sekeluarga, insyaAllah...

hari ni dah 9 hari aku berpantang..., alhamdulillah, sehingga ke hari ini, kami berdua sihat walafiat... berkat meminum susu kambing, anakku bebas drpd 'kuning'. tulangnya juga kuat..., sampai tak boleh di'bedung'... syukur alhamdulillah...

cerita pasal 'bedung' ni, siapa lagi yg jadi 'penyelamat' kalau bukan ayahnya... hmmm... tapi bagus juga...., aku sendiri pun, sebenarnya kesian juga tgk dia b'hempas pulas keluarkan kaki tangan drpd bedungan tu... apa2 la..., yg penting, Falihah sihat dan selesa... kalau asyik menangis sebab d bedung pun x bagus juga... nnt kembung pulak...

itu cerita Falihah yg x nak d bedung.... cerita aku pulak...

apa lagi...., cerita pasal bisnes la! he...he... pantang, pantang juga.... tapi, tangan tetap bergerak menulis bil... alhamdulillah..., rezeki drpd-Nya... setiap hari ada je org dtg beli brg kat rumah... masalahnya, stok x cukup.... ni yang tak boleh tahan ni... sebab tu, lepas pantang nanti aku berazam untuk bekerja lebih keras bagi mencari modal tambahan untuk menambah stok barang2 terutamanya susu dan kopi...

azam tahun ni mesti dicapai!!!! BEBAS drpd HUTANG!!!!!

Thursday, March 11, 2010

terima kasih, HR Marketing...

Syukur alhamdulillah..... setelah beberapa tahun berjinak dengan dunia Multi Level marketing (yg kebanyakannya secara paksarela), baru kini aku bertemu dengan sebuah syarikat yang benar2 menepati jiwa dan prinsipku...

Alhamdulillah...., bermula bulan ke-4 dah berjaya meraih pendapatan 4 angka... Itu aku, orang biasa yg sgt perlahan pergerakannya... tak heran la bila tgk leader2 terutamanya lelaki yg bekerja keras dan istikomah dapat ratusan ribu pendapatan dlm jangkamasa 4 ke 5 bln b'sama sykt... terima kasih HR Marketing....

Secara peribadi, ianya merupakan kejayaan terbesar dalam hidupku... Aku bermula dengan modal RM220.00 sahaja. 90% drpd rakan2 niaga d bawah rangkaianku bermula dgn modal terendah, RM40.00. Bagi yg baru nak join, bermula 9/3/2010, modal permulaan adalah RM50.00 kerana sykt dah 'upgrade' starter kitnya...

bagi yg sdg mencari peluang menambah pendapatan, jgn ragu2 lagi, HR Marketing adalah antara sykt terbaik utk masa ini dan insyaAllah utk masa2 yg akan datang juga

Friday, February 12, 2010

semalam....

"semalam (11 Februari 2010), hari ulangtahun perkahwinanku.... krn kesibukan di luar.., blh aku lupa.... 1st time, lupa 1 tarikh penting dalam hidup.."

apapun, mujur sblm pukul 12 mlm, saya teringat... apalagi, terus dial no. suami dan beri ucapan... oh suamiku... dia ingat rupanya... tapi, krn tidak mahu m'ganggu urusanku..., dia diamkan je...

semoga ikatan perkahwinan kami kekal selamanya... amin....

Thursday, January 21, 2010