Wednesday, October 13, 2010

sinar semakin kelihatan...

Hai Mr Blog....,

Alhamdulillah, nampaknya minggu ni semakin baik drpd minggu2 sebelumnya... Dah 2 minggu aku jadi tukang masak sepenuh masa... he..he.. Walaupun tiada untung yg b'lipatganda tapi hati puas... tuntutan Fardu Kifayah b'jaya kutunaikan... Setakat ni lepas la minyak kereta dan makan...

Bisnes susu kambing pun, semakin nampak sinarnya... Bulan lepas aku tlh b'jaya naik 1 lg pangkat.. Walaupun agak p'lahan tapi sgt2 b'baloi dgn segala kesungguhan dan pengorbanan... insyaAllah, aku akan cuba m'ggapai pangkat t'tinggi tanpa menyakiti rakan2 seperjuangan...

Kepada rakan2 yg banyak m'bantu dan b'doa utk kejayaanku dan b'sungguh2 m'bantu drpd segala segi, terima kasih yg tidak t'hingga... hanya Allah shj yg dpt m'balasnya.... budi kalian akan kukenang hingga ke akhir hayat...

Sejak minggu lepas, 1 demi 1 berita baik kuterima... Aku yakin, ianya adalah hadiah daripada-Nya setelah kami sekeluarga 'b'jaya dlm ujian-Nya'... Allahua'lam... Ya, aku pasti... Bukan 'over confident' tapi itu janji-Nya... ADA HIKMAH DISEBALIK SEGALA DUGAAN. Aku pegang kemas ayat tu...

Kerana ayat tu la aku masih b'tahan... Bayangkan, dlm tempoh b'pantang, pelbagai ujian datang.. Mujurlah aku tlh biasa diuji.. Pada masa tu, aku beritahu diri ini, "Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hamba-Nya....."

Sehingga ke saat ini, aku sgt2 b'syukur setiap kali diuji kerana aku tahu, ianya akan m'jadikan aku lebih kuat dan tabah menempuh kehidupan ini... Pada masa2 getir inilah biasanya Allah akan tunjukkan keikhlasan org2 disekelililng kita...

Pada masa ni juga, tak heran klu kawan2 semua m'jauhkan diri. Sedangkan anak beranak dan saudara marapun mengumpat dan mengeji, apa lagi org2 lain yg langsung x ada hubungan darah dengan kita... Tapi, yg pasti..., klu kita mudah m'hulurkan bantuan di saat org lain memerlukan, insyaAllah, Allah akan m'bantu dgn apa carapun kala kita ditimpa kesusahan...

Terima kasih Ya Allah... terima kasih...

Sekali lagi terima kasih yg tidak t'hingga kpd semua yg sudi sama2 menangis dan gembira pada ketika suka dan duka....


No comments:

Post a Comment