Wednesday, February 29, 2012


Ya Allah, Subhanallah... Mana hilangnya perikemanusiaan?

"Celaka betul!!!", "kepala hotak dia buat gitu kat budak!!!!", "Mesti owner dia ni menyakitkan hati, klu x, takkan pekerja dia nak sabotaj dia..." dan macam2 lagi la kata2 dan bayangan yang akan keluar drpd mulut dan bayangan kita bila tau ada kejadian macam ni... Betul x?

Nak dijadikan cerita, aku pernah hantar anak ke taska ni pd tahun 2008... Aku kenal baik dengan pemiliknya, Kak Shahera.. sgt baik orgnya... Mmg aku kenal dia x lama, x sampai 6 bln pun tapi tempoh tu dah cukup utk aku mengenali personaliti dan menyelami hatinya...

Dia ni sorang yg sgt menyayangi anak2... Hantar dan ambik sendiri anak2 yg bersekolah, siapkan makanan untuk anak2 di rumah, jaga kebajikan pekerja... dan sgt menghargai dan menghormati kerja org lain... Dalam pada tu, sempat pula menyertai kelas Al-Quran bersama dengan anak2nya...

Kali terakhir aku jumpa dia, tahun 2010... Masa tu aku baru turun drpd kelas Qiraati... Apa lg, terus borak pjg la... Igt lagi masa tu dia hanya tunggu anak2 dia dalam kereta....

Aku : Kak Shira...., apa khabar? Lamanya x jumpa... tunggu anak ke?
Kak Shira : Khabar baik..., tu la, tgk2 tadi mcm kenal... a, a saya tunggu anak... Hara mengaji kat sini juga ke?
Aku : Iya. Jauhnya akak hantar anak ngaji... Akak x nak join sama ke?
Kak Shira : Kat tempat akak x ada... Teringin juga tapi malu la..., dah la saya baca tersekat2...
Aku : Oooo... Nak malu apanya kak? Hara pun sama juga, dah lama x mengaji... Ni, siap mula belajar Alif, Ba Ta balik ni... Budak2 tu pun heran tgk... Apa la makcik ni baru belajar alif ba ta... hahaha...
Kak Shira : Iya? Tu la kan, klu x mula belajar bila lagi....

Minggu berikutnya, bila aku ke kelas, Kak Shira pun ada... Bukan main seronok lagi aku.... Kami x lama dalam kelas yg sama. Mungkin rezeki Kak Shira, pusat qiraati tu buka cawangan dekat dengan rumah dia...

Sejak tu aku x jumpa lagi dah dgn dia...

Dan..., klu diizinkan Allah jumpa dggn dia dlm masa terdekat ni, pasti aku akan tanya apa cerita sebenarnya....













Saturday, February 25, 2012

semakin hari semakin sayang....

3o bln bersama HR Marketing...

Pengalaman pertama aku menggunakan produk 2 drpd sebuah syarikat MLM tanpa henti... Setiap bulan pasti ada transaksi belian... Bukan kerana terpaksa tapi dengan rela.... Kualiti produk dan harga yang amat berpatutan, disertai pula dengan pulangan yang sgt baik walaupun BELUM lagi lumayan... Manakan tidak..., X cukup baik ke kalau setiap bulan belanja antara Rm300 ke Rm500 utk membeli barangan keperluan harian tetapi dapat semula wang yang dibelanjakan tadi setiap 10-12 haribulan bulan yang berikutnya... Ada ketika, dapat balik sehingga 10 kali ganda... Alhamdulillah... Syukur Ya Allah...

Aku katakan BELUM lumayan kerana aku belum benar2 meletakkan seluruh usaha di sini... Sekadar menjadi pengguna biasa dan pengenal kepada kawan2 yg sudi berkongsi mengamalkan sunnah Baginda... Terima kasih kepada semua kawan2 yg memberi sepenuh kepercayaan kepada cerita2 testimoni yg aku telah ceritakan kepada kalian semua... Paling aku bersyukur dan terharu apabila dapat memainkan peranan menghidupkan semula sunnah yg semakin dilupakan... Walaupun sgt kecil sumbanganku..., tapi aku bahagia... Semoga usahaku yg x seberapa ini diberkati oleh-Nya...
Sehingga hari ini.. sudah lebih drpd RM20,000 hasil pendapatan d HR Marketing yg telah aku perolehi... InsyaAllah, aku akan terus berusaha utk menjadikan angka tersebut sebagai angka pendapatan bulananku pula... insyaAllah... Smg Allah memperkenankan keinginanku ini.... Ameen...
Kepada yg belum pernah mencuba Higoat, tunggu apa lagi...? Jom sama2 kita minum minuman sunnah ini!!!

Friday, February 24, 2012

Rezeki lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Bertemu kembali setelah 7 bulan menyepi... Sekali lagi saya ingin berkongsi kegembiraan bersama2 dengan anda yang sudi menjenguk blog saya ni...
Alhamdulillah, pada 1 Disember 2011, saya telah melahirkan seorg lagi puteri..
Hah?! Hara bersalin lagi?! Haha.. Itu la reaksi pertama yg saya dapat bila kawan2 tahu saya dapat baby baru...
Iya.... Kenapa? Tak percaya ke...?
Rezeki Allah... Semoga dia membesar sebagai anak yang solehah... Ameen...
Wah... Dah 12:35 mlm... Baiklah, cukup dulu utk hari ni... Sehingga ketemu lagi ditulisan seterusnya...
Bye2... Wassalamu...

Saturday, July 30, 2011

hanya yg pernah merasa faham...

bila kita didatangkan dgn dugaan demi dugaan, di situlah terujinya kesabaran... apabila kita ditimpa kesusahan, di situlah terujinya semangat kekeluargaan dan setiakawan... berapa ramai di antara kita yg sedar dan benar2 faham dgn kesusahan yg menimpa org2 disekelililng kita t'utamanya kaum keluarga, sahabat handai dan org2 yg kita kenali.... kalaupun kita sedar..., apa yg akan kita lakukan?

Wednesday, October 13, 2010

sinar semakin kelihatan...

Hai Mr Blog....,

Alhamdulillah, nampaknya minggu ni semakin baik drpd minggu2 sebelumnya... Dah 2 minggu aku jadi tukang masak sepenuh masa... he..he.. Walaupun tiada untung yg b'lipatganda tapi hati puas... tuntutan Fardu Kifayah b'jaya kutunaikan... Setakat ni lepas la minyak kereta dan makan...

Bisnes susu kambing pun, semakin nampak sinarnya... Bulan lepas aku tlh b'jaya naik 1 lg pangkat.. Walaupun agak p'lahan tapi sgt2 b'baloi dgn segala kesungguhan dan pengorbanan... insyaAllah, aku akan cuba m'ggapai pangkat t'tinggi tanpa menyakiti rakan2 seperjuangan...

Kepada rakan2 yg banyak m'bantu dan b'doa utk kejayaanku dan b'sungguh2 m'bantu drpd segala segi, terima kasih yg tidak t'hingga... hanya Allah shj yg dpt m'balasnya.... budi kalian akan kukenang hingga ke akhir hayat...

Sejak minggu lepas, 1 demi 1 berita baik kuterima... Aku yakin, ianya adalah hadiah daripada-Nya setelah kami sekeluarga 'b'jaya dlm ujian-Nya'... Allahua'lam... Ya, aku pasti... Bukan 'over confident' tapi itu janji-Nya... ADA HIKMAH DISEBALIK SEGALA DUGAAN. Aku pegang kemas ayat tu...

Kerana ayat tu la aku masih b'tahan... Bayangkan, dlm tempoh b'pantang, pelbagai ujian datang.. Mujurlah aku tlh biasa diuji.. Pada masa tu, aku beritahu diri ini, "Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hamba-Nya....."

Sehingga ke saat ini, aku sgt2 b'syukur setiap kali diuji kerana aku tahu, ianya akan m'jadikan aku lebih kuat dan tabah menempuh kehidupan ini... Pada masa2 getir inilah biasanya Allah akan tunjukkan keikhlasan org2 disekelililng kita...

Pada masa ni juga, tak heran klu kawan2 semua m'jauhkan diri. Sedangkan anak beranak dan saudara marapun mengumpat dan mengeji, apa lagi org2 lain yg langsung x ada hubungan darah dengan kita... Tapi, yg pasti..., klu kita mudah m'hulurkan bantuan di saat org lain memerlukan, insyaAllah, Allah akan m'bantu dgn apa carapun kala kita ditimpa kesusahan...

Terima kasih Ya Allah... terima kasih...

Sekali lagi terima kasih yg tidak t'hingga kpd semua yg sudi sama2 menangis dan gembira pada ketika suka dan duka....


Friday, October 8, 2010

Anugerah terbaik Ilahi....


5 bulan yg penuh dengan dugaan

Dear blog....,

Rindunyer... Lama betul aku tidak menaip didadamu.... 5 bulan...... pergh!!! Lama tu... Macam2 jadi dalam tempoh tu.... Pelbagai perasaan silih berganti... Nampaknya diri ini masih dipilih utk diuji... Syukur Ya Allah... Itu petanda Kau masih sayang kpdku...

Diam x diam, Falihah dah nak masuk 6 bulan... Dah boleh buat mcm2... Comel dan kelakar...

Apa yg aku nak share hari ni ialah ttg tugas baruku sebagai tukang masak... He..he... Dah seminggu tau... Actually dah lama plan nak buat bisnes berasaskan masak memasak ni tapi x m'jadi.... Tup,tup!! Balik je drpd program bersama Dr Azizan, terus jadik!!

ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS....

Itu yg selalu aku belajar dlm kelas2 dan seminar2 motivasi... Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku b'jaya buktikan kata2 tu.... Ya la..., x guna klu kita asyik cakap "aku nak buat itu, aku nak buat ini, aku nak buat sungguh2.. bla...bal...bla... " dan akhirnya, satu apa pun x jadi...

Setakat ni, nampaknya peluang rezeki terbuka luas didepanku... Semoga Allah merestui segala usahaku... Tak sabar rasanya nak jadi senang... Bukan sekadar utk diri sendiri... Lebih penting lagi utk memartabatkan bangsa dan agama... Allahua'lam... Tak guna b'cakap, kita tunggu dan lihat..

"Ya Allah, seandainya kau curahkan rezeki kepadaku, jgnlah sekali2 Engkau lalaikan aku... Jadikanlah aku hambamu yg b'syukur... Bukalah hatiku utk m'jadi insan yg pemurah.... Ya Allah...., izinkan aku b'bakti ke jalan-Mu... Dekatkanlah aku dengan keimanan, jauhkanlah aku drpd kemaksiatan serta kemungkaran di bumi-Mu Ya Allah.. Amin, amin, ya Rabbal Alamin..."

Monday, May 3, 2010

kedatangan 'orang baru'

salam keceriaan...

syukur alhamdulillah, pada 24/04/2010 yg lepas, aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg telah d namakan Siti Khairun Falihah... semoga dengan kelahirannya, bertambahlah rezeki kami sekeluarga, insyaAllah...

hari ni dah 9 hari aku berpantang..., alhamdulillah, sehingga ke hari ini, kami berdua sihat walafiat... berkat meminum susu kambing, anakku bebas drpd 'kuning'. tulangnya juga kuat..., sampai tak boleh di'bedung'... syukur alhamdulillah...

cerita pasal 'bedung' ni, siapa lagi yg jadi 'penyelamat' kalau bukan ayahnya... hmmm... tapi bagus juga...., aku sendiri pun, sebenarnya kesian juga tgk dia b'hempas pulas keluarkan kaki tangan drpd bedungan tu... apa2 la..., yg penting, Falihah sihat dan selesa... kalau asyik menangis sebab d bedung pun x bagus juga... nnt kembung pulak...

itu cerita Falihah yg x nak d bedung.... cerita aku pulak...

apa lagi...., cerita pasal bisnes la! he...he... pantang, pantang juga.... tapi, tangan tetap bergerak menulis bil... alhamdulillah..., rezeki drpd-Nya... setiap hari ada je org dtg beli brg kat rumah... masalahnya, stok x cukup.... ni yang tak boleh tahan ni... sebab tu, lepas pantang nanti aku berazam untuk bekerja lebih keras bagi mencari modal tambahan untuk menambah stok barang2 terutamanya susu dan kopi...

azam tahun ni mesti dicapai!!!! BEBAS drpd HUTANG!!!!!

Thursday, March 11, 2010

terima kasih, HR Marketing...

Syukur alhamdulillah..... setelah beberapa tahun berjinak dengan dunia Multi Level marketing (yg kebanyakannya secara paksarela), baru kini aku bertemu dengan sebuah syarikat yang benar2 menepati jiwa dan prinsipku...

Alhamdulillah...., bermula bulan ke-4 dah berjaya meraih pendapatan 4 angka... Itu aku, orang biasa yg sgt perlahan pergerakannya... tak heran la bila tgk leader2 terutamanya lelaki yg bekerja keras dan istikomah dapat ratusan ribu pendapatan dlm jangkamasa 4 ke 5 bln b'sama sykt... terima kasih HR Marketing....

Secara peribadi, ianya merupakan kejayaan terbesar dalam hidupku... Aku bermula dengan modal RM220.00 sahaja. 90% drpd rakan2 niaga d bawah rangkaianku bermula dgn modal terendah, RM40.00. Bagi yg baru nak join, bermula 9/3/2010, modal permulaan adalah RM50.00 kerana sykt dah 'upgrade' starter kitnya...

bagi yg sdg mencari peluang menambah pendapatan, jgn ragu2 lagi, HR Marketing adalah antara sykt terbaik utk masa ini dan insyaAllah utk masa2 yg akan datang juga

Friday, February 12, 2010

semalam....

"semalam (11 Februari 2010), hari ulangtahun perkahwinanku.... krn kesibukan di luar.., blh aku lupa.... 1st time, lupa 1 tarikh penting dalam hidup.."

apapun, mujur sblm pukul 12 mlm, saya teringat... apalagi, terus dial no. suami dan beri ucapan... oh suamiku... dia ingat rupanya... tapi, krn tidak mahu m'ganggu urusanku..., dia diamkan je...

semoga ikatan perkahwinan kami kekal selamanya... amin....

Thursday, January 21, 2010

Wednesday, December 23, 2009

syukur alhamdulillah....

setelah 4 bulan menunggu, akhirnya.... saya tlh mendapat apa yg sgt dinanti2kan.... berbaloi menanti walaupun melalui cabaran, soalan dan tohmahan yg bukan sedikit drpd rakan serangkaian...

ternyata bukan mudah bergelar seorang 'leader'.. banyak persiapan yg perlu dilakukan. persiapan mental dan emosi.... apapun, berkat kesabaran dan keyakinan, alhamdulillah... segalanya dapat dilalui dengan begitu baik sekali...

sebagai perempuan, tidak dinafikan.... adakala, airmata m'jadi penenang... bukan mudah meyakinkan orang disekeliling, terutamanya yg baru dikenali... apapun, syukur yg tidak t'hingga kerana saya dikelilingi oleh sahabat2 yg sentiasa m'beri semangat agar terus melangkah ke hadapan... lebih bersyukur lagi bila suami tersayang merupakan pendorong yg paling setia disisi... itu yg penting....

paling penting.... JANGAN TIPU ORANG!!

sesiapa yg berminat utk tahu apa yg saya buat, cepat2 hubungi saya ok... cara terbaik, melalui ruang 'facebook'...

jumpa anda anda d puncak keredhaan....

Wednesday, November 4, 2009

kembali menulis...... setelah sekian lama...

diam tak diam, dah lebih 2 bulan saya menyepi..... wah!!! dah lebih drpd tempoh b'pantang tu....
maklum la..., terlalu sibuk....

alhamdulillah, sejak kebelakangan ni rezeki semakin b'tambah..... bukan dr segi material tau. rezeki yg paling besar Allah kurniakan.... zuriat... insyaAllah, dlm bln Mei nnt, saya bakal menimang seorang lg cahayamata rezeki daripada-Nya....

alhamdulillah......

klu d ikutkan, terlalu byk yg hendak d tulis.... namun, masa tidak begitu m'izinkan buat masa ini... apapun, kesempatan ini amat saya hargai.. sekurang2nya, lepas juga rindu kpd laman blog yg x seberapa ni....

saya pernah b'cita2 m'jadi penulis..., cuma bakat x setinggi mana... dapat menulis dan meluahkan isi hati dlm laman sdr pun, ok la... sekurang2nya, t'selit juga sedikit kepuasan d hati....

kpd kawan2 yg sudi m'jenguk ke laman ini, terima kasih yg tidak t'hingga.... izinkan saya b'kongsi apa yg sedang saya jalankan... sama2 kita jenguk ke laman web http://www.hrgroup2u.com utk m'dptkan serba sedikit maklumat atau paparan yg mungkin selama ini kita cari2....

cukup utk masa ini, jumpa lg di lain tulisan....

salam penghargaan....

Friday, August 21, 2009




hari bahagia.....

alhamdulillah, sehingga ke saat ini, saya masih d beri kesempatan oleh-Nya utk terus hidup... terima kasih Tuhan.... syukur alhamdulillah... pg ni juga , hati sungguh lega dan gembira... setelah 17 hari b'juang, p'mintaan p'tama saya dlm syarikat SVR telah d makbulkan-Nya...

hari ini, dengan rasminya saya b'gelar UM (Unit Manager)... ini b'makna, 1 sejarah tlh t'cipta dlm hidup saya. buat kali p'tama, saya merasai kenaikan pangkat dalam masa tak sampai 3 minggu. paling penting, bukan pangkat je lebih besar.... pendapatan pun meningkat... banyak jugalah bezanya... bolehlah buat tambah2 m'bantu suami buat persiapan hari raya....


destinasi seterusnya.... GM (Group Manager).... InsyaAllah, saya akan usahakan utk m'capai tahap tu sblm 30 September 2009. x boleh target awal2 coz anak nak upsr... lepas dia habis periksa, saya akan GEGAR seluruh Malaysia!!!!!!

huh! tak sabar rasanya ni.. mana taknya? klu dah b'gelar GM ni..., senang2 boleh dapat 3 4 ratus 1 hari!! InsyaAllah... amin.... setakat hari ni, dah ada lebih kurang 150 org GM dlm SVR. ada yg dah mula rasa income RM5000 sehari tau...

jumpa lagi.....

Sunday, August 9, 2009

Rindu....

diam tak diam, kali terakhir saya menulis ialah seminggu lepas. maklumlah, keadaan tak mengizinkan, terlalu sibuk! syukur alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya berkongsi cerita d ruangan ini.

23/7/2009, sekali lg saya d temukan dgn peluang menambah pendapatan. peluang yg pada mulanya saya anggap sesuatu yg mustahil, akhirnya telah saya ceburi dan alhamdulillah, setakat hari ini, t'nyata sangkaan saya sebelum ini hanya sangkaan semata-mata....

27/7/2009, saya telah d daftarkan . sehingga ke hari ini, sudah lebih RM500 yg saya perolehi dgn bantuan ahli2 dlm rangkaian serta hasil usaha keras saya sendiri. jumlah ini mungkin kecil bg org2 hebat d luar sana. namun, bg saya, ia 1 jumlah yg sgt besar ertinya krn ianya hasil usaha saya dan rakan2 seperjuangan. utk benar2 b'jaya, tidak ada istilah, duduk diam, dapat duit! nak duit, mesti kena usaha!

hampir setiap hari, telefon saya d cerobohi dgn pelawaan2 yg kadang2 m'buatkan saya t'tawa sdr... sms2 t'baru yg saya terima pd 6/8/2009 berbunyi begini..., "nak tak, duduk diam dapat duit...." ha!ha!ha! pelik kan? klu betul mcm tu, buat apa dia hantar sms...? duduk je la diam2 dan tunggu duit tu dtg. ya tak?

kawan2, lain kali, fikir dulu sblm b'tindak. ada juga d atr rakan2 saya yg telefon ajak join bisnes diaorang. bila saya cuba cerita apa yg saya buat, jawapannya mudah. "dah malas nak cari org". mcm mana tu...? akhirnya saya senyum aja la.... dpt juga pahala sedekah.. he...he...

dgn 1 matlamat, membantu suami serta meningkatkan ekonomi keluarga, saya tidak lg peduli apa yg org kata. kalau dulu, saya takut utk merebut peluang sbb takut d katakan tamak. b'beza dgn sekarang, saya akan merebut segala peluang yg ada, asalkan ianya tidak menyusahkan saya dan org2 d sekeliling. biarlah apa org nak kata.

kpd kawan2 yg sudi b'sama dlm setiap bisnes yg saya ceburi, ketawa dan menangis b'sama, setinggi2 penghargaan saya hulurkan. terima kasih kerana m'percayai dan m'jadi inspirasi utk saya terus b'juang. tanpa kalian, tidak mungkin saya sekuat sekarang. insyaAllah, saya sgt2 b'harap agar kejayaan dpt kita kecapi b'sama.....

jumpa lagi...

salam perjuangan.....

Sunday, August 2, 2009

Jangan mudah melemparkan tohmahan

t'lalu byk cabaran hidup yg perlu kita lalui.... sbg khalifah d muka bumi ini, kita tidak dapat lari drpd ujian-Nya... apapun, yg pasti, setiap yg Dia aturkan pasti itulah yg t'baik utk kita walau sepahit manapun ujian itu...

sbg manusia, jgnlah kita mudah melemparkan tohmahan kpd manusia lain tanpa b'fikir apa lg m'tertawakan org lain atas kelemahan mrk tanpa sedar kita lebih byk kelemahan drpd org2 d sekelililng kita...

aktifkan pemikiran positif anda!!!

Tuesday, July 28, 2009

Saya di kahwin paksa!!!!

pasti anda tak sabar2 nak baca artikel ni kan? tanpa sedar, minda mula t'tanya2 atau sekurang2nya m'gambarkan betapa tragis penulis ni... hu..hu...

betul... saya telah d kahwinpaksa oleh ibu saya.... tapi bkn dgn suami la... dgn syarikat DCL. he...he... jgn marah a...

kisahnya begini.....

ibu saya yg saya panggil mummy adalah seorg ibu yg sa......ngat penyayang dan mahukan yg t'baik utk anak2nya.... jadi, apa saja yg beliau buat, beliau sedaya mungkin akan melibatkan anak2... mummy ni orgnya 'business minded'. mcm2 bisnes yg beliau buat t'masuklah p'niagaan multi level. MLM la kata org jawa.... saya atr anak yg sering jadi 'mangsa' sbb x reti nak bantah.

stakat ni ada la lbh kurang 20 sykt yg beliau dah sertai... saya pulak, stakat ni dah 6 sykt yg tlh dan sedang saya sertai (tak t'masuk sykt2 yg mummy registerkan nama tanpa rela dan lansung sya x buat....) di atr 6 sykt yg saya sebutkan tadi, hanya 2 sj sykt yg saya sertai tanpa paksaan sesiapa ~ produk score a ( http://www.scorea.com/ & http://www.svr2u.com/ ). selebihnya semua ada unsur2 paksa.... di atr yag ada unsur2 paksa ni pulak, ada 1 yg jadi 'paksarela'. yg paksarela ni la yg saya maksudkan dgn kawin paksa tadi.

Thursday, July 23, 2009

nikmat ujian Allah....

sebagai manusia, pasti kita semua tidak t'kecuali drpd melalui ujian dan dugaan-Nya... samada dlm bentuk kegembiraan atau kesedihan, kesukaan atau kedukaan, kesenangan atau kesusahan...... apa yg PASTI, kita semua tidak akan terlepas daripada ujian Maha Pencipta...

pada masa kita d uji dgn kesedihan, kedukaan dan kesusahan, alangkah perit dan sukarnya utk kita menghadapi dan menyelesaikan setiap ujian dan dugaan tersebut. tapi, percayalah, setelah kita b'jaya melalui serta m'harunginya, satu nikmat yg tidak dpt d gambarkan akan kita rasai.

mari kita hayati kisah ini.....

dlm rumah usang d sebuah kg, tinggal seorg budak perempuan b'sama dgn datuk, nenek dan pakcik bongsunya..., setiap 2 atau 3 bln sekali, dia dgn setianya akan menunggu kepulangan ibunya yg bekerja m'cari rezeki d bandar kuala lumpur. setiap kali juga budak itu akan melompat2 keriangan tatkala ibunya muncul drpd perut bas atau kereta sewa(teksi).

si ibu pula, hilang penat mengharungi p'jalanan pulang ke kg sebaik shj melihat si anak yg amat d rindui, yg t'paksa d tinggalkan d kg b'sama kedua ayahbondanya. apakan daya, dia t'paksa b'korban, demi m'cari rezeki utk menyara keluarga. tanpa seorg lelaki b'gelar suami....

berkat kesungguhan serta kebijaksanaan kurniaan Ilahi, si ibu tlh b'jaya m'bawa anaknya yg sgt d kasihi tinggal b'sama d sebuah rumah yg d sewa d bandar tempatnya bekerja. rumah kg yg dahulunya serba kekurangan kini telah b'ubah m'jadi sebuah rumah yg amat selesa di diami ke2 ayahbonda dan adik bongsunya yg amat d sayangi....

twit! cerita ni t'paksa d sambung kemudian sebab anakanda yg juga sgt saya kasihi dah ajak tido... jumpa lagi dlm post akan datang...

salam...